You can replace this text by going to "Layout" and then "Page Elements" section. Edit " About "
RSS

Maya Karin Bercerai...????


KUALA LUMPUR 17 JULAI 2010: "Kami sama-sama telah mengambil keputusan untuk bercerai selepas ianya dibenarkan oleh mahkamah syariah," kata aktres Maya Karin Roeckel, 29, di dalam kenyataan media yang dihantar menerusi telefon bimbitnya.

Menurut bintang Pontianak Harusm Sundal Malam ini, keputusan itu dibuat atas persetujuan bersama dan ianya dilakukan selepas mereka membuat pelbagai pertimbangan.

"Kami percaya ini adalah keputusan yang terbaik untuk mengakhiri kes ini dan kami amat menghargai seandainya hak privasi kami dihormati tanpa wujudnya sebarang spekulasi daripada pihak media," kata bekas isteri kepada Steven David Shorthose atau nama Islamnya Muhammad Ali Abdullah, 39 ini.

Kenyataan itu dibuat selepas Maya dan Steven disahkan bercerai talak di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, semalam. Pengesahan cerai itu dibuat oleh Hakim Mohd Amran Mat Zain ketika kes itu disebut di kamar mahkamah tersebut.

Pasangan ini tiba di mahkamah secara berasingan tengaharisemalam untuk memfailkan perceraian mereka tetapi tidak lama kemudian Hakim Mahkamah Syariah, Mohd Amran Mat Zain telah mengesahkan perceraian mereka.

Bagaimanapun, baik Maya mahu pun Steven, masing-masing enggan memberikan sebarang komen sebaik saja mereka melangkah keluar dari ruang mahkamah tersebut.

"Maaf, saya tidak dapat beritahu anda apa-apa. Tapi, anda boleh hubungi pengurus saya esok untuk mendapat maklumat lanjut," katanya yang mengenakan baju berwarna kelabu kepada The Malaysian Insider.

Steven yang sebelum ini memberitahu bahawa dia sedih dengan perceraian tersebut bagaimanapun kelihatan ceria dan gembira sewaktu memandang ke arah kamera tatkala berjalan menuju ke keretanya.

"Saya tidak akan menarik, kalau saya tidak senyum," katanya guru matematik di Sekolah Antarabangsa Alice Smith ini secara berseloroh.

"Ini adalah hari yang cukup menyedihkan buat saya tetapi pada waktu yang sama, saya berasa lega. Saya tidak boleh ulas apa-apa lagi," katanya yang nampak tampan mengenakan kot bersama kaca mata hitam.

Terdahulu, Maya dan Steven telah mendaftarkan perkahwinan mereka di mahkamah yang sama pada 24 Jun yang lalu selepas berkahwin di Itali pada 14 Ogos 2008 lalu.

Perceraian Maya dengan Setevn secara tidak langsung telah menamatkan spekulasi mengenai pergolakan rumah tangga mereka yang hanay bertahan kurang sebulan daripada ulang tahun ketiga perkahawinan mereka.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

0 comments:

Post a Comment